20.10.10

Peperiksaan Akhir


Selamat Menempuhi Peperiksaan Akhir buat semua ahli SiSPA Universiti Malaysia Sabah..

Bagi subjek EV10101 (SISPA I),Peperiksaan Akhir adalah pada 20 November 2010 bertempat di DKP 2, Universiti Malaysia Sabah.


Bawa Kad Matrik, dan Slip peperiksaan ketika menduduki peperiksaan. Buat persediaan secukupnya dan jaga kesihatan anda.

18.10.10

Penilaian Latihan Tempatan

Memo: KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (SISPA, UMS) 


Makluman kepada semua pelajar yang mengambil kursus EV10101 SISPA I, Latihan Tempatan akan diadakan seperti ketetapan berikut: 

Tarikh : 23 & 24 Oktober 2010 (Sabtu & Ahad)



Masa : 7.00am – 5.00pm

Tempat : ODEC, UMS 

Penilaian akan dimulakan dengan ujian fizikal. Pelajar dikehendaki berpakaian sukan semasa ujian fizikal tersebut dijalankan. Uniform yang lengkap perlu dipakai bagi penilaian yang lain. 

Kehadiran adalah WAJIB kerana MARKAH akan diambil. Pengangkutan disediakan pada jam 6.00am di setiap bus stop kolej kediaman. Pelajar yang lewat akan dikenakan tindakan.
Sekian dan harap maklum. 

PEJABAT SISPA UMS,
20 Oktober 2010

17.10.10

Sentiasa Siap Sedia



Marilah kita semua
Berganding bahu menggembleng tenaga
Berbakti dalam pertahanan awam
Untuk bangsa kita

Padukan jiwa dan raga
Sedia berkorban apa saja
Memberi dengan ikhlas khidmat mulia
Negara tercinta

Malaysia bumi yang bertuah
Kami sungguh bangga menjadi warga setia
Penuh hasrat dan tekad bersama
Sedia berkorban untuk keselamatan rakyatnya

Kita sentiasa bersedia
Menjunjung wawasan semua
Ke arah hidup aman dan sentosa
Malaysia Jaya

15.10.10

SiSPA @ Tamu Gadang UMS

Pada 5-11 oktober 2010, Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan Tamu Gadang dan majlis Konvokesyen ke-12 nya. Banyak pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Selain Palapes dan Suksis, Kor-Siswa Siswi Pertahanan Awam(SISPA) juga terlibat disepanjang majlis tersebut dijalankan. Antara tugas yang dipertanggungjawab kan kepada pelajar-pelajar SISPA adalah menyediakan pasukan Paramedik dan mengadakan demonstrasi terjun bangunan. Selain itu, SISPA UMS dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sabah turut membuka ruang Pameran kepada para pengunjung dan pelajar yang mengunjungi Tamu gadang UMS. Majlis Pembukaan Tamu Gadang pada tahun ini juga buat pertama kalinya melibatkan Pasukan Kawad SISPA sebagai satu pasukan Unit beruniform selepas PALAPES dan SUKSIS.

Penulis: Baris,Baris Sedia!

7.10.10

SISPA Hari Pertama

Ini gambaran pada kali pertama perjumpaan SISPA..Perjumpaan ini diadakan di hadapan Pejabat Pertahanan Awam Universiti Malaysia Sabah yang terletak di Outdoor Development Center atau lebih dikenali sebagai ODEC. Perjumpaan ini dihadiri sebanyak 65 orang pelajar yang memilih SISPA sebagai subjek KOKUM mereka.
Kelihatan Pegawai Waran sedang memberi tunjuk ajar

Barisan SISPA yang gagah..

Sesi berkenalan ke ni?

Fokus pada tunjuk ajar pegawai Waran

Kemaskan pakaian anda..


Inilah SiSPA yang hadir pada perjumpaan pertama dan uniform diberikan kepada mereka yang hadir. Saat ini,bermulalah kehidupan sebagai seorang SiSPA..All for One..One For All..

SiSPA UMS: We're 1Family..We're Together..

6.10.10

Introduksi

Alhamdulillah..Dengan IzinNya, Blog ini dapat di siapkan..Tujuan Sebenar adalah untuk menghimpunkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang menyertai SISPA siri 01..SISPA yang ditubuhkan pada awal tahun 2010 ini merupakan salah satu badan beruniforn di Universiti Malaysia Sabah..Sepanjang 3 bulan ini, pelbagai program telah dijalankan dan ianya bakal di masukkan dalam blog ini sebagai entri-entri utama..

Buat semua SISPA UMS, blog ini sebenarnya khas untuk kita semua dan disinilah kita bersatu sebagai satu keluarga SISPA..tak lupa juga pada para Jurulatih..Semoga blog ini mendapat sokongan yang sewajarnya dari semua pihak..

Akhir kata, One for All, All for One..

Penulis: 1 SISPA..