Memaparkan catatan dengan label Jurnal SISPA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jurnal SISPA. Papar semua catatan

15.3.11

Kem Latihan Medan- Luanti Baru, Ranau

Pada 11 hingga 13 Mac yang lepas, Kem Latihan Medan dan bakti siswa SISPA UMS telah diadakan buat pertama kalinya. Kem selama 3 hari 2 malam ini telah dilaksanakan di Kampung Luanti Baru, Ranau, Sabah. Seramai 55 orang Pegawai Kadet Sispa (PKS) telah terlibat dalam latihan tersebut.

Perjalanan mengambil masa selama 2 jam bermula pada pukul 9.00 pagi dan tiba di Luanti pada pukul 11.00 pagi. Setibanya di sana, PKS yang disertai oleh 30 orang jurulatih dari Kota Kinabalu dan Beaufort telah diberikan takliamt oleh pemilik tempat tersebut. 

Latihan pertama bermula sejurus selepas solat jumaat dimana perjalanan ke tapak perkhemahan yang mengambil masa 2 jam 30 minit dan sejauh lebih kurang 10 kilometer. Perjalanan ini merentasi hutan simpan dan bukit bukau yang begitu mencabar. Ini merupakan ujian pertama bagi PKS kerana latihan ini merupakan latihan medan pertama kepada SISPA UMS.

Ketika tiba di tapak perkhemahan, PKS diarahkan untuk membersihkan kawasan tapak perkhemahan dan menyalakan unggun api. Aktiviti ini dijalankan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal setiap PKS. Hujan yang turun dengan lebatnya tidak menjadi penghalang kepada semua PKS untuk meneruskan 'survival' tersebut.

Aktiviti 'survival' tamat kira-kira pukul 6 pagi dimana semua PKS beserta jurulatih kembali ke kem. Hujan yang turun dengan lebatnya menyebabkan aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan sebaiknya dan terpaksa digantikan dengan aktiviti lain iaitu perbincangan kumpulan tentang malam persembahan. Selepas makan tengahari, aktiviti diteruskan dengan flying fox dan merentasi sungai menggunakan tali.

Aktiviti masih lagi diteruskan seperti biasa walaupun hujan masih lagi turun dengan lebatnya. Pada malamnya pula, persembahan untuk setiap kumpulan diadakan. Persembahan ini, turut dihadiri Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negegi Sabah. Selain daripada itu, pegawai-pegawai bersekutu dan kesemua anggota turut menyaksikan persembahan SISPA UMS.

Keesokan harinya adalah hari penutupan. Majlis Penutupan dan Perasmian Kem Latihan Medan dan Bakti Siswa disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sabah, Lt. Kol. Mulliadi Al-Hamdi Bin Ladin. Dalam ucapannya, pengarah merasa bangga dengan pencapaian SISPA UMS dan berharap agar SISPA UMS mampu bersama-sama dengan JPAM untuk membantu masyarakat.
Dalam majlis ini juga, majlis pemakaian pangkat telah dijalankan serentak. Majlis ini menyaksikan seramai 55 orang PKS telah dipakaikan pangkat oleh pengarah sendiri dan kini dikenali sebagai Pegawai Kanan SISPA, Universiti Malaysia Sabah.


Majlis selesai kira-kira pukul 11.00 pagi.

25.11.10

Lawatan Kor-SISPA UMS ke TLDM


Pada 24/11/2010 yang lalu,14 orang pelajar SISPA bersama 7 orang pegawai yang diketuai sendiri oleh Komandan SISPA UMS Lt. Kol. Kehormat Prof. Madya Dr.Haji Kassim Bin Haji Mad Mansor telah mengadakan lawatan sambil belajar di Pangkalan Kapal Selam TLDM. 

Program pada hari itu bermula pada pukul 8.00 pagi dimana para pelajar berkumpul di stesen bas perpustakaan seterusnya bertolak ke markas TLDM. Setibanya di markas TLDM, para pelajar dan pegawai-pegawai SISPA disambut oleh beberapa pegawai dan panglima markas kapal selam TLDM. Pada awalnya pelajar dan para pegawai SISPA dibawa melawat ke bangunan pangkalan kapal selam TLDM seterusnya diberi penerangan mengenai kapal selam di auditorium pangkalan tersebut. Selepas itu para pelajar dibawa ke ruang pameran dimana di ruang tersebut menempatkan sejarah mengenai penubuhan unit kapal selam TLDM. 

Kemudian ,para pelajar dan pegawai SISPA seterusnya dibawa ke ruang simulasi kapal selam. Para pelajar dan pegawai diterangkan serba sedikit mengenai cara pengendalian kapal selam dan diberi peluang untuk masuk kedalam ruang simulasi kapal selam. Para pelajar dan pegawai seterusnya dibawa meronda di keseluruhan kawasan pangkalan TLDM dan lawatan pada hari itu berakhir pada jam 2.00 petang.

27.10.10

Latihan Bukit Kor-SISPA UMS

Pada 16/10/2010 SISPA UMS telah mengadakan aktiviti latihan menyelamat A&D (Assending & Dessending) yang bertempat di ODEC UMS. Aktiviti pada hari itu telah di kendalikan oleh ketua jurulatih SISPA UMS En.Azamshah Apearal dan latihan tersebut bertujuan untuk melatih para pelajar SISPA untuk menyelamat mangsa di mana jua tempat dan keadaan sama ada mangsa tersebut berada di tempat tinggi dan sebagainya dalam situasi menyelamat yang sebenar. 


Pelajar pada mulanya dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kompeni. Setelah diberi penerangan mengenai cara-cara menyelamat yang sebenar, para pelajar diuji mengikut kumpulan satu persatu. Kompeni yang gagal atau lambat menurunkan mangsa dari atas bukit kemudiannya didenda masuk ke dalam laut. Ini adalah bertujuan untuk memberi rasa tanggungjawab terhadap mangsa kepada peserta. Aktiviti pada hari itu berakhir pada jam 6.00 petang.

15.10.10

SiSPA @ Tamu Gadang UMS

Pada 5-11 oktober 2010, Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan Tamu Gadang dan majlis Konvokesyen ke-12 nya. Banyak pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Selain Palapes dan Suksis, Kor-Siswa Siswi Pertahanan Awam(SISPA) juga terlibat disepanjang majlis tersebut dijalankan. Antara tugas yang dipertanggungjawab kan kepada pelajar-pelajar SISPA adalah menyediakan pasukan Paramedik dan mengadakan demonstrasi terjun bangunan. Selain itu, SISPA UMS dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sabah turut membuka ruang Pameran kepada para pengunjung dan pelajar yang mengunjungi Tamu gadang UMS. Majlis Pembukaan Tamu Gadang pada tahun ini juga buat pertama kalinya melibatkan Pasukan Kawad SISPA sebagai satu pasukan Unit beruniform selepas PALAPES dan SUKSIS.

Penulis: Baris,Baris Sedia!

7.10.10

SISPA Hari Pertama

Ini gambaran pada kali pertama perjumpaan SISPA..Perjumpaan ini diadakan di hadapan Pejabat Pertahanan Awam Universiti Malaysia Sabah yang terletak di Outdoor Development Center atau lebih dikenali sebagai ODEC. Perjumpaan ini dihadiri sebanyak 65 orang pelajar yang memilih SISPA sebagai subjek KOKUM mereka.
Kelihatan Pegawai Waran sedang memberi tunjuk ajar

Barisan SISPA yang gagah..

Sesi berkenalan ke ni?

Fokus pada tunjuk ajar pegawai Waran

Kemaskan pakaian anda..


Inilah SiSPA yang hadir pada perjumpaan pertama dan uniform diberikan kepada mereka yang hadir. Saat ini,bermulalah kehidupan sebagai seorang SiSPA..All for One..One For All..

SiSPA UMS: We're 1Family..We're Together..

15.9.10

Perbarisan Perasmian SiSPA UMS Siri 1 2010

Pada 7 ogos yang lalu, bertempat di padang kawad Universiti Malaysia Sabah, seramai 65 orang Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) UMS terlibat dalam perbarisan perasmian sempena penubuhan SiSPA Universiti Malaysia Sabah untuk kali yang pertama. Perasmian ini dilakukan oleh komandan SiSPA merangkap Timb. Naib Censelor Universiti Malaysia Sabah iaitu Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansur.

Ketika berucap dalam perasmian tersebut, komandan berharap agar SiSPA Universiti Malaysia Sabah mampu berdiri setanding dengan PALAPES dan SUKSIS dalam mengharumkan nama Unviersiti Malaysia Sabah dan harapan ini disambut dengan semangat dari ahli-ahli SiSPA UMS.

Sebelum bersurai, jamuan ringan disediakan untuk semua yang terlibat dalam perbarisan tersebut. Majlis selesai pada pukul 11 pagi.