Pada 24/11/2010 yang lalu,14 orang pelajar SISPA bersama 7 orang pegawai yang diketuai sendiri oleh Komandan SISPA UMS Lt. Kol. Kehormat Prof. Madya Dr.Haji Kassim Bin Haji Mad Mansor telah mengadakan lawatan sambil belajar di Pangkalan Kapal Selam TLDM.
Program pada hari itu bermula pada pukul 8.00 pagi dimana para pelajar berkumpul di stesen bas perpustakaan seterusnya bertolak ke markas TLDM. Setibanya di markas TLDM, para pelajar dan pegawai-pegawai SISPA disambut oleh beberapa pegawai dan panglima markas kapal selam TLDM. Pada awalnya pelajar dan para pegawai SISPA dibawa melawat ke bangunan pangkalan kapal selam TLDM seterusnya diberi penerangan mengenai kapal selam di auditorium pangkalan tersebut. Selepas itu para pelajar dibawa ke ruang pameran dimana di ruang tersebut menempatkan sejarah mengenai penubuhan unit kapal selam TLDM.
Kemudian ,para pelajar dan pegawai SISPA seterusnya dibawa ke ruang simulasi kapal selam. Para pelajar dan pegawai diterangkan serba sedikit mengenai cara pengendalian kapal selam dan diberi peluang untuk masuk kedalam ruang simulasi kapal selam. Para pelajar dan pegawai seterusnya dibawa meronda di keseluruhan kawasan pangkalan TLDM dan lawatan pada hari itu berakhir pada jam 2.00 petang.