15.3.11

Kem Latihan Medan- Luanti Baru, Ranau

Pada 11 hingga 13 Mac yang lepas, Kem Latihan Medan dan bakti siswa SISPA UMS telah diadakan buat pertama kalinya. Kem selama 3 hari 2 malam ini telah dilaksanakan di Kampung Luanti Baru, Ranau, Sabah. Seramai 55 orang Pegawai Kadet Sispa (PKS) telah terlibat dalam latihan tersebut.

Perjalanan mengambil masa selama 2 jam bermula pada pukul 9.00 pagi dan tiba di Luanti pada pukul 11.00 pagi. Setibanya di sana, PKS yang disertai oleh 30 orang jurulatih dari Kota Kinabalu dan Beaufort telah diberikan takliamt oleh pemilik tempat tersebut. 

Latihan pertama bermula sejurus selepas solat jumaat dimana perjalanan ke tapak perkhemahan yang mengambil masa 2 jam 30 minit dan sejauh lebih kurang 10 kilometer. Perjalanan ini merentasi hutan simpan dan bukit bukau yang begitu mencabar. Ini merupakan ujian pertama bagi PKS kerana latihan ini merupakan latihan medan pertama kepada SISPA UMS.

Ketika tiba di tapak perkhemahan, PKS diarahkan untuk membersihkan kawasan tapak perkhemahan dan menyalakan unggun api. Aktiviti ini dijalankan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal setiap PKS. Hujan yang turun dengan lebatnya tidak menjadi penghalang kepada semua PKS untuk meneruskan 'survival' tersebut.

Aktiviti 'survival' tamat kira-kira pukul 6 pagi dimana semua PKS beserta jurulatih kembali ke kem. Hujan yang turun dengan lebatnya menyebabkan aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan sebaiknya dan terpaksa digantikan dengan aktiviti lain iaitu perbincangan kumpulan tentang malam persembahan. Selepas makan tengahari, aktiviti diteruskan dengan flying fox dan merentasi sungai menggunakan tali.

Aktiviti masih lagi diteruskan seperti biasa walaupun hujan masih lagi turun dengan lebatnya. Pada malamnya pula, persembahan untuk setiap kumpulan diadakan. Persembahan ini, turut dihadiri Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negegi Sabah. Selain daripada itu, pegawai-pegawai bersekutu dan kesemua anggota turut menyaksikan persembahan SISPA UMS.

Keesokan harinya adalah hari penutupan. Majlis Penutupan dan Perasmian Kem Latihan Medan dan Bakti Siswa disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sabah, Lt. Kol. Mulliadi Al-Hamdi Bin Ladin. Dalam ucapannya, pengarah merasa bangga dengan pencapaian SISPA UMS dan berharap agar SISPA UMS mampu bersama-sama dengan JPAM untuk membantu masyarakat.
Dalam majlis ini juga, majlis pemakaian pangkat telah dijalankan serentak. Majlis ini menyaksikan seramai 55 orang PKS telah dipakaikan pangkat oleh pengarah sendiri dan kini dikenali sebagai Pegawai Kanan SISPA, Universiti Malaysia Sabah.


Majlis selesai kira-kira pukul 11.00 pagi.

5.1.11

SISPA II

Makluman untuk semua pelajar SISPA yang mengambil matapelajaran EV10201(SISPA II), kelas pertama SISPA untuk Semester 2 2010/2011 akan bermula pada ketetapan berikut:-

Hari: Sabtu
Tarikh: 08 Januari 2011
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: ODEC, Universiti Malaysia Sabah.

Kehadiran adalah wajib. bagi yang tidak hadir, anda dikehendaki menghantar surat pengecualian.
Harap Maklum.

19.12.10

Setinggi-tinggi TAHNIAH!!!!!

Pasukan kor-SiSPA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH yang terlibat ke Perhimpunan SISPA Peringkat Kebangsaan yang bertempat di 
Universiti Teknologi Mara, Shah Alam

Atas Kejayaan

-JOHAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN MEYELAMAT 
-JOHAN PERTANDINGAN MELAWAN KEBAKARAN

dan seterusnya 

JOHAN PERINGKAT KESELURUHAN

Syabas dan Tahniah!


1.12.10

Perhimpunan Kor-Siswa Siswi Pertahanan Awam Kali Pertama

Bannner Perhimpunan SiSPA Kebangsaan

Perhimpunan Kor-Siswa Siswi Kebangsaan akan diadakan pada:-
12-17 Disember 2010
bertempat di : UiTM Shah Alam

Bersempena dengan Perhimpunan Kor-SiSPAyang julung kali diadakan ini, terdapat 3 Pertandingan Kemahiran yang juga diadakan. Pertandingan tersebut adalah:-

1.Pertandingan Kemahiran Kawad
2. Pertandingan Kemahiran Menyelamat
3.Pertandingan Kemahiran Melawan Kebakaran

Kor-Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Malaysia Sabah akn menghantar seramai 15 orang ahli untuk menyertai pertandingan tersebut.

Penulis: Semoga Maju Jaya!

25.11.10

Lawatan Kor-SISPA UMS ke TLDM


Pada 24/11/2010 yang lalu,14 orang pelajar SISPA bersama 7 orang pegawai yang diketuai sendiri oleh Komandan SISPA UMS Lt. Kol. Kehormat Prof. Madya Dr.Haji Kassim Bin Haji Mad Mansor telah mengadakan lawatan sambil belajar di Pangkalan Kapal Selam TLDM. 

Program pada hari itu bermula pada pukul 8.00 pagi dimana para pelajar berkumpul di stesen bas perpustakaan seterusnya bertolak ke markas TLDM. Setibanya di markas TLDM, para pelajar dan pegawai-pegawai SISPA disambut oleh beberapa pegawai dan panglima markas kapal selam TLDM. Pada awalnya pelajar dan para pegawai SISPA dibawa melawat ke bangunan pangkalan kapal selam TLDM seterusnya diberi penerangan mengenai kapal selam di auditorium pangkalan tersebut. Selepas itu para pelajar dibawa ke ruang pameran dimana di ruang tersebut menempatkan sejarah mengenai penubuhan unit kapal selam TLDM. 

Kemudian ,para pelajar dan pegawai SISPA seterusnya dibawa ke ruang simulasi kapal selam. Para pelajar dan pegawai diterangkan serba sedikit mengenai cara pengendalian kapal selam dan diberi peluang untuk masuk kedalam ruang simulasi kapal selam. Para pelajar dan pegawai seterusnya dibawa meronda di keseluruhan kawasan pangkalan TLDM dan lawatan pada hari itu berakhir pada jam 2.00 petang.

20.11.10

Latihan Tempatan Perhimpunan Kor-SiSPA

Assalammulaikum..

Bersempena dengan perhimpunan Kor-Siswa Siswi Pertahanan Awam kali Pertama, Kor-SiSPA UMS akan terlibat dalam Pertandingan Kemahiran Melawan Kebakaran dan Kemahiran Menyelamat.

Satu latihan tempatan akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh: 02-09 Disember 2010
Masa: 6.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat latihan : ODEC, UMS

Sehubungan dengan itu, semua kadet SISPA yang terpilih untuk mewakili UMS ke Perhimpunan SiSPA Kebangsaan adalah diminta untuk berkumpul di Kingfisher selama tarikh tersebut. 


27.10.10

Latihan Bukit Kor-SISPA UMS

Pada 16/10/2010 SISPA UMS telah mengadakan aktiviti latihan menyelamat A&D (Assending & Dessending) yang bertempat di ODEC UMS. Aktiviti pada hari itu telah di kendalikan oleh ketua jurulatih SISPA UMS En.Azamshah Apearal dan latihan tersebut bertujuan untuk melatih para pelajar SISPA untuk menyelamat mangsa di mana jua tempat dan keadaan sama ada mangsa tersebut berada di tempat tinggi dan sebagainya dalam situasi menyelamat yang sebenar. 


Pelajar pada mulanya dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kompeni. Setelah diberi penerangan mengenai cara-cara menyelamat yang sebenar, para pelajar diuji mengikut kumpulan satu persatu. Kompeni yang gagal atau lambat menurunkan mangsa dari atas bukit kemudiannya didenda masuk ke dalam laut. Ini adalah bertujuan untuk memberi rasa tanggungjawab terhadap mangsa kepada peserta. Aktiviti pada hari itu berakhir pada jam 6.00 petang.